Sunday, December 1

Part 2: Dia



Air mata yang laju mengalir ke pipi disapu dengan hujung tudung. Hujung tudung itu dipandang lama. Tudung yang membawa hatinya jauh dari perihal cinta manusia. Tudung yang dipakai semata-mata kerana ikutan. Tudung yang membawa dirinya sejauh ini. Tudung yang memberi erti hidup baru kepada dirinya.



Sungguh sekarang tudung itu dianggap sebagai pelindung dirinya sendiri. Pelindung daripada diri sendiri sebenarnya.

Allah Maha Besar.

Allah Maha Besar.

Allah Maha Besar.

Ya, dia memakai tudung besar bukan sebab dia baik. Dia selesa bertudung besar, walaupun nampak tak menarik, dia tetap akan memilih tudung besar atau tudung berbidang 60. Dia tahu dan dia akui dirinya hanya sekadar terikut dengan persekitaran semasa. Kebanyakan kawan-kawannya memakai tudung labuh, atau sering juga dikatakan sebagai 'tudung bulat' dan dia gemar melihat cara mereka berpakaian, sangat sopan dan disegani oleh yang bukan mahram.

Allah yang menariknya untuk berubah.

Allah yang memberinya jalan untuk menjaga aurat.

dan Allah yang membawa dia sebagaimana dia sekarang.

dan sekarang Allah sedang menguji, sama ada dia akan tetap di jalan yang Allah tunjukkan atau dia akan melangkah mengikut jalan yang nafsunya tentukan.

" Allah.. sungguh aku lemah. Tolonglah aku ya Allah.. Tolonglah bimbing aku ke jalan yang lurus,menuju syurgaMu..", lemah bibirnya menuturkan doa.

Mug berwarna coklat kosong tanpa corak di atas meja studi dipandang lama. Tangannya menarik Sharpie, menulis huruf-huruf di atas mug tersebut.

Matanya melihat hasil lakaran kartun dengan ayat gambare yang masih basah dengan dakwat hitam.

Senyum.


...............
2012.2.01

"Oit cik kak, baca apa tu?", anis disergah dari belakang.

"Aiyak..aaa. Dont disturb me la ain. Ni Olivia tengah lari dari pembunuh kawan dia ni. Haih. Shuh pi maen jauh jauh", buku yang jatuh dari katil ditarik balik untuk dibaca. Apa kes tengah berdebar-debar kena sergah.

"oliv.. who? Novel apa tuuu. tengok sat.", novel di tangan anis diambil laju tanpa mempedulikan teman yang menjerit marah.

'Laa. Nora Roberts punya buku ke. adei la budak ni. Novel bunuh-bunuh jugak laa yang dia berkenan',omelnya perlahan.

Anis memanjangkan tangan mengambil buku The Witness dari tangan Ain. Tangannya membuka helaian yang baru dibaca tadi sepantas sepuluh saat.

"Hm. Kenapa tak baca buku James Patterson ke, Stephen King ke... apa yang best sangat novel tu sampai nak terkeluar bijik mata anda tu cik anis oit", Ain bergerak ke meja belajar, tangannya membuka laptop Asus yang baru dibeli minggu lepas, menggantikan Acer yang sudah wassalam bersiram air bandung semasa berbuka minggu lepas.

Anis senyap tanpa suara,tengah bagi konsentrasi yang penuh pada novel di tangan. Soalan Ain dibiarkan tak berjawab. Malas nak melayan!

Ain melempar pemadam ke belakang, terkena batang hidung si pembaca novel. Gol!!

"Ainnn!!!! Haih. Alright..Okay. i love her writings as J.D. Robb, and then i end up looking for more of her novels, and here i am reading this until a makcik throw something to my face. i love stephen king too and James Patterson as well. Tapi lebih ke arah Nora Robert sebab dia buat watak heroin tu macam hebat, like a wonderwoman, and not to mention that i really like the way she writes..", laju Anis menjawab tanpa henti macam ayat skrip yang kena hafal semalam sambil mata masih membaca tiap patah kata di dalam novel.

"Aaa... gitu ye. Ooo..okey", bibirnya menarik sengih apabila melihat Anis berkerut dahi menghadap novel di tangan. Ain menggeleng kepala, malas nak mengacau teman sebelah. Tak pasal-pasal aku kena lempar dengan henfon pulak. Jari jemari menggerakkan mouse, menaip beberapa patah perkataan di laman pencarian. Laman Facebook yang sekian lama tidak dibuka terpampar di hadapan mata. Matanya membaca setiap status kawan-kawan dengan senyum di bibir.

'Macam-macam la diorang ni. Sampai ke nak pergi toilet pun update status apehal? Jarinya terus menggerakkan mouse mencari nama kawan-kawan lama dan matanya terpaku pada laman profil kawan lama. Kawan sewaktu di MRSM dahulu. Alhamdulillah.. perlahan-lahan bibirnya menyebut.

"Anis, come for a sec. Look at this.."

"what for? i dont want to skip this just to see a status nak pergi oterai la ain", malas Anis menjawab. Buang karan namanya tu kalau sanggup tinggal novel di tangan semata-mata nak tengok orang tulis status tak berfaedah macam tu.

"Not that la, come see yourself.."

Anis memandang Ain yang dah bertukar mod jadi serius. Tangannya terus menanda bacaan sambil bibirnya mengomel rendah.

"Apa yang best sangat tu Aa...in", tergamam. Subhanallah.. Allah is indeed the turner of hearts.

"Bila dia start berubah?"

"Ntah. Kalau ikut timeline dia ni, dalam dua tahun dah kut. Alhamdulillah.. good for her. i'm happy for her.."

"Me too.. "

"Anis.."

Keningnya terangkat bertanya pada orang di sebelah yang masih lagi dalam mod serius.

"Let's join usrah. Nak?"

...............

"Assalamualaikumm.."

Salam berlagu yang diberi tak bersambut. Tombol pintu dipulas dan Anis masuk sambil menggelengkan kepala.

Ain masih lagi membatu di meja belajar dengan headphone di telinga. Buku calculus terbuka di atas meja berserta kalkulator Casio-570 di tengah-tengah buku. Lagu korea yang berdentum di telinga turut sampai ke telinga orang yang tak pakai headphone.

"Oittt makcikkk.!! Nak beli gula sekilo!!", sebelah headphone ditarik.

"Opocot.!!! wehh. Apa ni tak bagi salam. Mujur takda sakit jantung", omel Ain sambil mengurut dada. Kalau aku ada lemah jantung ke sakit paru-paru ke, kan susah.

"Ni haa novel dah sampai. Order online ke ain?" sambil ketawa dia bertanya.

"Yay!!!! Bak sini."

Tangannya laju membuka bungkusan. Dua buah buku dipeluk erat sambil sengih yang tak padam.

"At last!!! Yeah!! Mine!!" sambil ketawa Ain memeluk erat novel di tangan.

'Aa sudah. Ain dah bertukar mod gembira melampau pulak', Anis senyum melihat gelagat teman di sebelah, macam budak-budak!

"Give me that. Who is Hlovate?", tangannya laju menarik sebuah novel dari tangan Ain.
Novel berlatarkan gambar orang tengah skate dengan tajuk Versus menyapu pandangan mata.

"Hmm. i love the way he writes. The writer, a he or a she? Love the synopsis. i nak baca jugak ye lepas dah sudah", Anis sengih buat muka comel memandang Ain yang senyum melebar.

"Yess!! Hooked, aren't you? Dunno about the writer. Interested sebab baca blog dia lepas Idah rekomen dalam usrah..katenye good for those who want to change", Ain mengemas dan mengutip kertas bungkusan yang bersepah-sepah di atas lantai dan keluar mencari tong sampah.

Anis mengambil sebuah lagi novel. Rooftop Rant dipandang lama. Sinopsis dibaca.

'Interesting indeed..',hatinya menggumam.

"Nis!!!",Ain masuk sambil membawa baju kering di ampaian. Dia meletak baju-baju itu ke atas katil.

"Yep.", kening diangkat bertanya.

"Magrib di surau kat bawah jom. Then terus join usrah.."

Anis senyum tawar. Haila...

"Okay sugar.."

"Eww. Dont sugar me around la salt." selamba Ain membalas sambil menyambung kerja kalkulus yang separuh siap.

.................

"Ain. Ain dah berubah la. Tak macam dulu.." Anis bersuara memecah sunyi.

Ain yang asyik melukis di sebelah mengangkat kepala. Lakaran awan di atas kertas lukisan terhenti sebentar.

"Ape ke pulak ni tiba-tiba macam ala-ala jiwang karat ni?" Ain buat muka pelik. Teman di sebelah tergelak sambil melunjurkan kaki ke bawah bukit. Matanya masih memandang pokok-pokok yang menghijau di bawah sana.

"Jiwang kemendenya laa pulak makcik. i'm just stating the truth. Nowadays, you seems like .... er... stok-stok budak sekolah agama." Maen hentam jela cakap.

"Erk.. and that makes me..? bad? or what, weird? Is it wrong if i change?", perlahan dia bertanya sahabat baiknya di sebelah.

"It's not that. You are no longer fun, and you don't want to go out when Kasim and me ajak tengok wayang together, or lepak-lepak together. It sort of looks like we are no longer the us back then.."

Ain senyap seketika, matanya memandang sekawan burung yang terbang di langit biru. Betul. Sejak dia join usrah, banyak yang berubah. Unintentionally. It just happens. Dia tak tahu kenapa dan bagaimana, apa yang dia tahu, dia rasa macam tak selesa berada di dalam keadaan sebegitu.

"i don't know how to explain. It just feels..not right.. and not proper. Kasim tu kan bukan mahram, jadi sepatutnya perlu ada a certain limit dalam persahabatan. Kalau kita berdua ni tak apa lah..", Tenang Ain menjawab.

Anis senyap tak menjawab. Langit biru menyapu pandangan mata. Dia akur persahabatan antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram perlu ada batasan, tetapi dia acapkali tersilap melanggar batas yang ditentukan kerana menganggap mereka seperti adik-beradik.


'What is wrong is still wrong, and what is right is still right'

.........................

2012.07.15

"Here.."

Mug berwarna coklat yang berlatarkan lukisan kartun dengan ayat 'gambare' diletakkan di atas mejanya.

" Ganti mug lama.. and this is for you. Hadiah. ", Ain tersengih menghulurkan tangan bersalam. Novel Hlovate Rooftop Rant diletakkan di tepi mug tersebut.

"Hm.. jumpa tahun depan?" Anis mengangkat kening bertanya.

Ain senyum lebar.

"inshaAllah.Ada rezeki kita jumpa tahun depan", dia menjawab sambil tersengih, berjanji untuk melawat teman di sebelah. Dia sudah habis belajar manakala Anis ada setahun lagi di sini.

"May Allah Bless u, sugar."

"Back to you, salt."

Serentak mereka ketawa.

.....

No comments:

Post a Comment