Monday, March 9

Part 1:Aku


cdt: mr. google. xsempat nak lukis

4 April 2012

Kepalanya dilibas dengan kertas 'esaimen' yang elok je diletak di sebelah laptop.

"Hoi apa yang ko duk buat depan laptop tu? Macam nak masuk dalam laptop je", Az di belakang bersuara kuat sambil menahan gelak.

"Kurang asam punya kawan, kepala aku ko libas dengan paper Ekonomi?", tangan menggosok kepala sambil mata masih mengadap laptop. Fokus. kalau tak habis laa aku kalah kena makan dengan zombie ni.

Nokia di tangan berbunyi menandakan mesej Whatsapp masuk.

"Sibuk ler Brader J ni duk tegur aku pasal gambar profile aku ni.. aku punya profile suka hati aku ler..," Az bertukar nada. Ah.Aku tak suka la kalau bab-bab kena tegur tanpa usul cerita ni. heh.

Ik berhenti mengadap Zombie yang sedang berjalan ala-ala catwalk ke arah Alice tu. Takpalah, bagi peluang dia makan jap.

" Ko kenape angin tetibe weh?"

"...."

Esaimen di meja dilempar ke katil, terkena batang hidung orang yang sedang mengadap skrin Nokia di tangan.

" WEHHH. HANCUR ESAIMEN AKU TU WEH..! Kurang asam la kawan", laju tangan mengutip esaimen yang dilempar.

Sengih.

"laa.. Kau boleh bercakap pulak. Ak duk ingat dah bertukar jadi patung. Yelah sopan tak sopan pun takkan la takde jawapan..", bibirnya tersenyum manis, hadiah untuk teman yang berkerut muka.

Angkat bahu.

"Takde apa lah. Mende remeh je. Aku nak beli makanan. Nak pesan pape tak? ", wajah selamba dipamer tanpa rasa bersalah.

Ik memandang wajah teman di hadapan tiga saat sebelum sambung membunuh zombie.

"Oblong special satu.."

"okay.."


............................................

"Az. Jom gi masjid solat maghrib dan isyak nak?..", Ik membuka bicara selepas lebih 30 minit menaip tugasan Coastal Zone Concept and Theories.

kepala diangkat sejenak sebelum mengangguk tanda setuju.

" Aku on je. Nak dekat maghrib dah pun, pi la siap weh. Aku tukar baju je ni..", Az menjawab sambil menggerakkan jari di skrin Samsung Note3 yang baru dibeli tadi.

"bagi aku 10 minit eh bukan bukan, 7.5 minit..", laju Ik menghilang menuju bilik air. Ketawa Az malas dilayan.


..........................................

Brader J memberi salam, diikuti para makmum di belakang.

Selepas bacaan mathurat dan zikir ringkas, Brader J mengambil mikrofon, memberi tazkirah ringkas.

Ik dan Az duduk di belakang belakang, menyandar di dinding membuka telinga.

"Dia cakap pasal apa tu. Tolong dengar la weh. Aku mengantuk.", Az buat gaya malas versi manja minta simpati.

Pap!

"hadoiiii.. Sakit laaa weh. Ko ni biar betul, ada ke ko ketuk aku guna papan kayu tu,  " dahi dah berkerut seribu menahan pedih. Mana dia jumpa papan kayu tu pun tak tahu.

" dengar la tu. Time ni la nak topup ilmu weh."

Wajah teman sebelah dipandang sekilas. Ik tekun mendengar Brader J memberi tazkirah.

"yelah.."

Dia kembali memberi fokus. Malas! Tapi telinga dipaksa dengar patah kata yang disampaikan.

"... masa ni jelah yang kita boleh nak datang masjid, time dah busy kerja esok confirm banyak halangan. Persekitaran yang tak membantu dan sebagainya.. Sekarang ni kita ada teman nak bertukar pandangan, bertukar nasihat, tapi mungkin satu hari nanti kita akan tercari-cari teman yang dapat melangkah bersama mencari Tuhan.." lembut Brader J menyampaikan hujah.

".. Mungkin sekarang kita rasa apabila kena tegur atau nasihat tu macam tercalar ego ke, rasa tak salah, tak boleh nak terima pandangan yang lain, tapi satu masa nanti kita akan rasa lost, tanpa ada yang nak memimpin kita.. Jadi, terimalah dengan hati terbuka. Tanamkan dalam hati, bukan dia yang bagi nasihat, tapi sebenarnya Allah yang bagi ilham untuk dia bagi nasihat kepada kita, Allah yang nak tegur kita.."


Az memandang sepi figura di hadapan. Matanya tak beralih.

.................

14 September 2013

" Nak sambung Phd ke Ik?", Az pandang teman yang sibuk mengemas barang.

Ik angkat bahu, buat muka serius.

"Aku nak kawen la."

Laju tangan melempar bantal ke muka teman sebelah. Cis! Lain aku tanya lain pulak dia jawab.

Ik ketawa sambil mengutip bantal yang jatuh di lantai.

"probably. Kau nak kerja dulu ke?"

"Aku tengah buat proposal nak sambung dekat USM la. Kau dah ada plan nak sambung kat mana ke?", Az mengambil bantal yang dilempar tadi terus diletak di atas beg galas yang siap dikemas.

" Tak pasti lagi. Nanti aku bagitau balik macam mana plan aku"

"ok."

"...."

"Ak tengok Kau tukar gambar profile whatsapp dan Fb," Ik bercakap nada monotone. Beg dan kotak disusun kemas.

".. Aah. Semalam aku tukar. Lagipun duk letak gambar dia tu macam tak proper pulak. Dia bukan wife aku pun lagi. Kesian pulak dekat ayah dia" Az menjawab malas.

Ik senyum.

"Aku doakan korang dapat jaga batas sampai waktu yang sesuai.."

"inshaAllah. "

"weh aku gerak dulu. Jumpa mase konvo pulak..jangan buat taktau kalau aku kol weh.."

Ketawa. Sahabat sebelah dipeluk dan tangan dihulur untuk bersalam.

" inshaAllah jumpa lagi Ik. Thanks for everything.."

Sengih dan tangan diangkat isyarat hi-5.

"thanks jugak weh. Assalamualaikum.."

Salam dibalas perlahan sebelum tersenyum kecil.


...........................

No comments:

Post a Comment